Wednesday, April 27, 2011

Macarons


Selamat pagi,

Semalam buat macarons dgn npenuh semangat....sedang 1/2 jalan buat macaron tu...tiba...tiba electricity pulak takder....black out lah pulak....adoi...tension.. so, dah buat separuh jalan, jadi sambung jer lah buat lagi... sampai habis. Tapi hasilnyer tak berapa memuaskan....mana tak nyer, mac ni nak kene di aircondkan....tapi dah dkt 5 jam takder letrik, paham2 je lah kepanasannyer macam mana. Frustrated jugak. Tapi tak patahkan semangat saya nak hasilkan mac yang lebih baik.

Ni lah hasil semalam....tapi boleh makan lagi...sedap jugak. satisfaction tak der jer...

Friday, April 15, 2011

PROMOSI BULAN APRIL -- CUP CAKES

Salam all,

sempana bulan april bulan birthday anak saya ni, saya nak bagi offer untuk pembeli cupcakes di sweetndelights.

Buy 12 pcs ( 1 dozen ) cup cakes & you will get another 4 pcs free

Total cupcakes yang anda dapat 16pcs with the price of RM28

Cheap rite? apa lagi....sms me for order or inbox thru facebook.

Wednesday, April 13, 2011

Cup Cakes Vanilla - Pink & Blue


Salam, ptg tadi saya baru sahaja menghantar order cupcakes yang ita di pasir gudang, order untuk birthday hubby nyer.

Perisa : Vanilla

Theme : Lovely Pink & Blue

Pcs : 16 pcs

Tuesday, April 12, 2011

cup cakes flower & leaves

Hi,

Pagi ni pepagi lagi lepas hubby& son out to works & school saya pun start dgn aktiviti baking. Hari ni saya mulakan pagi dengan membancuh adunan kek cawan vanilla. Pukul 8:30pagi semua dah siap di bakar.

Cup Cakes Flower & Leafs

Birthday Nazrul Celebrate at Opah House

Salam,
Last saturday we all celebrate birthday nazrul di rumah opah nyer... so, nazrul nak kek chocolate. Pagi sabtu tu...saya siap-siap membancuh adunan kek chocolate moist. Lepas siap kek tu, saya mencari pulak strawberry nak letak kat atas chocolate ganache tu... saya ni memang tak boleh makan kek chocolate moist...sebab saya memang addict dgn kek chocolate moist. Balance kek 3 potong saya bawak balik untuk bagi kat jiran chinese di sebelah rumah. Kalau simpan dalam peti sejuk tu...alamatnyer saya yg akan makan kek tu....bahaya...

Majlis sambutan birthday start at 6:00 pm. Cuma family members jer...tak buat besar2. Makan kek , KFC, dan roti tuna & cinnamon rolls. saya cuma buat kek sahaja. Yang lain kakak saya sediakan. Anyway....semua happy walaupun tak cukup ahli keluarga mcm dulu2....

(all photo courtesy of blog : eyesofinspiration)

Ballons....


Birthday Boy with the cake

Birthday boy with the cake

Sliced of cake...yummy...


Birthday Cake....tgh nak pasang lilin

Friday, April 8, 2011

My First Macaron Class

Class macaron ku yang pertama betul-betul seronok. Tak sangka buat macaron ni susah pun ada, perlu kesabarab pun ada.... senang pun ada jugak. Tak lama lagi akan ku buat macaron ku sendiri... Sekarang ni layan ganbo-gambo clas hari tu yer....
(Gambar dari eyesofinspiration - my sister blog)

macarons yang dah siap filling....siap untuk makan

Peanut Butter macaron - sedap
Sedang bubuh filing macaron


Macarons ku yang comel - pink kaler

Wednesday, April 6, 2011

Fancy Cookies

Hari ni birthday anak saya,nazrul yang ke 7 tahun. Kali ni saya sediakan fancy cookies untuk di hantar ke sekolah bagi kawan-kawan. nak buat fancy cookies ni ambil masa betul. Tapi seronok bila tgk cookies tu menjadi....mendecorating pun sungguh mencabar, sebab pening jugak nak buat decor apa...

Ni lah fancy cookies nyer...


Cake Red Velvet

Selamat pagi,

Semalam saya bake cake red velvet. leceh jugak nak buat kek ni. Patutlah kat blog baking yang lain kek ni di jual mahal. Texture kek ni lembut...makan tak yah icing pun sedap. Yang ni saya guna buttercream. Kek ni lebih sedap makan dgn cream cheese.

Ni lah gambo kek nyer...


kek yang dah dipotong

Monday, April 4, 2011

Cup cakes - Oren

Cup cakes ni di beli oleh rakan opis ....nak bagi hadiah untuk harijadi rakan opis. So, oleh kerana saya ada buat lebih jadi kawan saya tu nak beli kek ni. Rezeki dier lah pada masa tu.

Perisa Oren



cup cakes love theme

Salam,

Ni gambar cup cakes love theme yang saya bawa ke opis last year. Baru nak post kat blog ni.... sempat lah bagi pada semua team account department yang ada 12 orang tu. Setelah bos saya rasa, dia tanya suh saya buka class ajar buat cup cakes.... mmm belum mahir lagi nak bukak kelas ni...in future lah...hehe

Birthday Cake

Whole Birthday Cake

Oren kek with buttercream frosting

Kek ni masa baru-baru buat whole cake with frosting untuk kanak2. Gambar ni masa 3 tahun lepas. hehe...masih baru belajar.

Kek buah - wedding door gift

salam & Selamat pagi semua,

Seorang kenalan hubby request sample for fruit cake, oleh kerana hari ni dah siapkan kerja rumah pagi2 lagi....dgtn rajinnyer saya pun menyukat semua bahan2 untuk adunan kek buah. Kali ni hasilnyer menjadik cantik....tapi oleh..saya buat 1/2 daripd adunan biasa dan saya tak masukkan dalam acuan yang 1/2 kg, jadi kek ni nampak pendek dalam acuan 1 kg... tak per lah... yang penting rasanyer sedap... ala-ala kek buah cosway gitu.

Kejap lagi nak potong-potong dan letak dalam bekas nak bagi kat kawan hubby yg keje kat MBB tu. Dier nak order untuk anak sedara yang bakal kahwin dalam bulan June ni.
harap kawan hubby Kak Roza, berpuas hati dgn rasa kek ini.


Kek Buah Tangan Pengantin - Fruit Cake Per Pcs : RM1.40

Sunday, April 3, 2011

Cupcakes Upin & Ipin

Cupcakes ni di order oleh Raftah, untuk anaknyer. Theme : Upin & ipin.
Ni gambar yang sempat snap masa nak delivery cakes tu... Hp camera jer...so tak berapa cantik. Raftah order banyak untuk majlis birthday anak dier. Cupcakes ni perisa oren.

Cupcakes

Selamat Pagi semua,

Dah lama juga saya tak buat cupcakes, this coming thursday is my son birthaday...sedang cari idea nak buat cupcakes apa untuk hantar ke class dier. Emmm... mestilah cartoon kan... and nak hantar fancy cookies juga bagi budak2 & cikgu disana.

Tak sabar rasanyer nak buat kek dan fancy cookies tu...fancy cookies tu saya nak buat bentuk bintang.

Disini saya postkan beberapa gambar cupcakes yang pernah saya buat dulu.... ada juga yang tak sempat ambil gambar.