Tuesday, March 29, 2011

Demam Buat Roti....

Salam Hari Rabu..... 30.03.2011

Hari ni sedang duduk tgk MHI kat TV3, tiba-tiba tangan ni dok gatal nak menguli tepung lagi..... tapi tepung roti dah habis ni...macam mana nak buat roti.... Tgk2 dlm stok simpanan ada tepung superfine balance buat fruitcake hari tu...apa lagi...trus campur sana-sini....uli-uli jadi satu dough. Menjadik jugak lah naik nyer dough macam biasa.

Emmm....godek-godek peti ais, tgk ada kismis, ada sosej, ada cheese.... aha...dah ada idea nak buat roti apa. Hari ni kita buat Bun Kismis, Cheese Twist dan Sosej Buns. Skg ni dough dah naik 2 kali ganda dah...mai kita buat....


Roti Kismis & Almond




Roti Sosej - All Time favourite




Roti Cheese Twist

Monday, March 28, 2011

Kelas Buat Roti

Baru sahaja try buat roti, saya dah dapat anak murid nak belajar...harap-harap berjaya lah menurunkan ilmu pada anak murid ni. Yang nak belajar ni kakak saya sendiri, ni sebab dia nak buat roti sosej untuk anak nyer... anak dier gemar makan roti sosej, tapi nak beli di luar diragui kehalalan dan kebersihan nyer...oleh itu baik buat sendiri... ni skg saya nak siap-siap nak ke rumah kakak saya untuk jadi sifu buat roti... nanti dah ada gambar saya update yer...


Selamat pagi......

Sambung cerita belajar buat roti semalam, macam-macam dugaan...hehe semuanya kerana microwave....rasanyer lebih senang membakar guna oven biasa. Tapi alhamdulillah nasib baik jadik juga roti nyer....

ni beberapa gambar roti yang telah siap....gambar ni di ambil dari blog kakak saya eyesofinspiration.blogspot.com layan.....


Jemputan khas : Our beloved mother yang sedang minum petang di tepi kolam


Roti yang telah siap hari tu... cantik kan gambar ni.... ni jurugambar professional amik ni.... pinjam dari eyesofinspiration.blogspot.com



Roti sosej buns

Percubaan Buat Roti


Salam pengunjung blog.....

Baru-baru ni saya cuba buat roti. Tgk resepi di web kak hanieliza mmg sgt sedap. Terima kasih pada kak hanieliza sebab sharing resepi roti yang enak dan sedap.Untuk percubaan pertama saya cuba buat sosej roll dan cheese bread. Mmg menjadi dan sedap kata anak saya. Anak saya siap cakap "sedapnyer mama, boleh jual ni...." wah budak-budak sekarang sangat bijak menilai sesuatu. oleh kerana sebelum ni saya memang ada basic bread making masa belajar di UITM chef training dulu...jadi tidak lah sesukar mana untuk buat roti kali pertama ini. Agak nyer kalau saya habiskan belajar di UITM dulu, mungkin dah jadi pastry chef skg ni.... hehe..cerita dulu, masa belajar dulu semangat tak cukup kuat.... mungkin masa tu terlalu muda untuk tahan practikal training di hotel terkemuka.



Roti Cheese guna balance roti yang tak tahu nak buat apa


Roti sosej yang baru di masak


Roti sosej sedia untuk di makan....nyum..nyum...