Monday, March 28, 2011
Percubaan Buat Roti
Salam pengunjung blog.....
Baru-baru ni saya cuba buat roti. Tgk resepi di web kak hanieliza mmg sgt sedap. Terima kasih pada kak hanieliza sebab sharing resepi roti yang enak dan sedap.Untuk percubaan pertama saya cuba buat sosej roll dan cheese bread. Mmg menjadi dan sedap kata anak saya. Anak saya siap cakap "sedapnyer mama, boleh jual ni...." wah budak-budak sekarang sangat bijak menilai sesuatu. oleh kerana sebelum ni saya memang ada basic bread making masa belajar di UITM chef training dulu...jadi tidak lah sesukar mana untuk buat roti kali pertama ini. Agak nyer kalau saya habiskan belajar di UITM dulu, mungkin dah jadi pastry chef skg ni.... hehe..cerita dulu, masa belajar dulu semangat tak cukup kuat.... mungkin masa tu terlalu muda untuk tahan practikal training di hotel terkemuka.
Roti Cheese guna balance roti yang tak tahu nak buat apa
Roti sosej yang baru di masak
Roti sosej sedia untuk di makan....nyum..nyum...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment