Thursday, December 29, 2011

PAVLOVA....cinta baru di hati ku...

Pavlova....Pavlova is a meringue-based dessert named after the Russian ballet dancer Anna Pavlova. It is a meringue with a crisp crust and soft, light inner.The name is pronounced /pævˈloʊvə/ or /pɑːvˈloʊvə/.


The dessert is believed to have been created in honour of the dancer either during or after one of her tours to Australia and New Zealand in the 1920s. The nationality of its creator has been a source of argument between the two nations for many years, but formal research indicates New Zealand as the probable source.
The dessert is a popular dish and an important part of the national cuisine of both countries, and with its simple recipe, is frequently served during celebratory and holiday meals. (copy dari wikipidea) 


                                                                       MY 1ST PAVLOVA


ha...tu lah Pavlova.....jatuh cinta dah dengan Pavlova ni....sungguh sedap dan manis di tambah rasa buah yang masam tu buatkan dessert ni begitu sedap dan sekali makan pasti nak lagi... kat sini saya letak strawberry, kiwi dan blueberry. kalau ada Passion fruit lagi sedap....nyum..nyum...


Besar mcm ni 8-9" saya jual RM60. Bagi sesiapa di JB yang nak makan dan teringin nak makan Pavlova, boleh order dengan saya yer. Putrina 012-7649085



Wednesday, November 23, 2011

Sesajer menulis

Salam, semua. Hari ni hujan jer Dari kul 3:00pm....sampai lewat ptg. Bila hujan-hujan begini lapar lah pulak.... Nasib baik Ada roti canai segera yang boleh di Akan dgn Sambal tumis ikan bills...nyum..nyum...sedapnyer. Dah lama jugak tak post apa-apa kat sini...busy dgn macarons Dan red velvet....huhu...tangan sebelah kanan ni pulak sakit. Cukup payah rasanya nak buat kerja. Tapi masih Bersyukur kerana tangan ni masih boleh digunakan. O.k. Lah....itu saja coretan buat masa ni....

Wednesday, November 2, 2011

Harga Courier Terbaru

Salam, dan selamat pagi semua...

Berita baik bagi yang ingin mengorder macarons di Sweetndelights. Harga postage / courier service telah dikurangkan, kerana saya telah menggunakan courier service pos laju. So far, pos laju kurang masalah macarons pecah berbanding macarons yang aya pos guna, skynet....nationwide...emmm
pening jugak dgn kaedah delivery ni.... kesian pada pembeli macs saya yang dapat macs pecah.

Harga postage untuk pos laju adalah seperti berikut :-

Macarons Box Besar - Caj courier by pos laju RM10
Macarons Box Kecil - Caj Courier by pos laju RM7

Kdg, kesian bila customer bayar mahal untuk postage...tapi akhirnya macarons pecah. Saya juga dah upgrade pembungkusan...bubble plastic wrap 2 lapis. dlm box pun ada bubble plastik yang di lapiskan.

Thursday, October 20, 2011

Macarons 20/10/2011


Macarons yang telah siap untuk customer. Macarons kali ni saya puas hati sgt2 sebab takder yang over bake. selalunyer kalau overbake macarons ni jadi mcm biskut. yang overbake biasanyer kita makan sendiri jer...huhu.... tak leh bagi customer. Kat rumah ni ada Quality control.....hubby dan anak saya lah quality controlnyer...

Red Velvet - 21 October 2011



Red Velvet Cuppies

Red velvet cuppies yang dah siap. Order by my ex office mate Kak Nor untuk makan-makan sendiri.

Tuesday, October 11, 2011

Wedding Cake





Wedding cake - belajar di bakingclass with azie. 1st time try buat wedding cake ni. Sungguh mencabar rupanyer buat wedding cake ni. No wonder it cost hundred ringgit and also depends to the design. Best sangat belajar decor wedding cake ni...dapat belajar new technique.

So, sapa2 nak order wedding cake ker, hantaran cake ker...boleh lah contact saya yer.... harga reasonable bagi yang nak budget wedding.

Tuesday, October 4, 2011

Kiriman dari jauh...sabah bah...


Cakes order by Syazana di Sabah....untuk hantar pada seorang kawannya di Pasir Gudang Johor. Dari jauh kiriman kek ni. Terkejut si penerima dapat kiriman dari jauh ni.... sempena graduation day aidil.

Bila saya fikirkan kembali, ramai juga pelanggan saya yang suka buat suprise pada orang2 tersayang. At the same time perkara begini merapatkan hubungan saudara. Pernah saya mendapat order dari arab saudi, rupa2 nyer nak hantar macarons untuk kedua orang tua nyer sempena mothers days merangkap fathers days. Rasa gembira dan puas bila kita jadi medium untuk expresskan kasih sayang orang lain pada insan2 yang di sayangi nyer.

Monday, October 3, 2011

Order Open For October 2011



Salam & Hi all,

Macarons order already open ye...setelah hampir sebulan jugak tak berapa sihat. Alhamdulillah bulan October ni saya dah kembali in action untuk macarons.

untuk order sila isi form atau contact saya di : 012-7649085 (Putrina)

Wednesday, July 20, 2011

macarons dan ribbon baru

Big box pun ada ribbon.

Macarons dgn sentuhan baru....with thank you ribbon

Salam pada semua,

kali ini macarons saya berwajah baru.....setiap kotak macarons di hiaskan dengan ribbon tanda terima kasih saya pada yang telah beli macarons saya. Alhamdullilah, bertambah ramai peminat macarons di johor bahru dan ramai yang dah merasai macarons ini. siap ada yang mengidam nak beli...hehe...apa pun saya gembira ada semua suka dengan macarons ini. Cuma pesanan saya, lepas makan macarons, minum air masak banyak2 yer..... sebab macarons ni manis.

Friday, July 1, 2011

Tawaran Istimewa Bulan Julai

salam semua,

Rebutlah macarons di sweetndelights.blogspot.com bagi bulan julai ini. Kami menawarkan diskaun 10% untuk setiap kotak besar macarons 25pcs.

Tawaran ini bagi macarons perisa berikut : Oreo , strawberry, chocolate, milo & buttervanilla (perisa ini di pilih setelah di ambil kira, berdasarkan perisa favourite pilihan ramai)

Cepat, rebutlah peluang di bulan Julai ini untuk dapatkan macarons.

Harga Asal : RM45


Harga Diskaun Bulan Julai : RM40 sahaja. (tidak termasuk caj penghantaran)

Thursday, May 26, 2011

cupcakes red velvet

Red Velvet Cuppies


salam,

actually cuppies ni last month buat, tapi belum masuk entry dalam blog saya. Thanks to eif coz beli this cuppies. red velvet + hawaii grated coconut.

Macarons Marathon 26.05.2011

Salam dear,

Hari ni saya buat macarons lagi...marathon nak siapkan order box kecik2 dan besar yang di order oleh kengkawan kat fb. dah selalu buat ni....makin lama saya makin tahu peel si macs ni. hari ni saja nak trial & error saya guna kipas lak nak bagi dier kering. Selalu guna aircond. Hari ni nak ajar si macs ni kesusahan skit...asyik memanjang jer nak sejuk. Hehe...masa nak tunggu turn nak bako tu, saya bagi dier tunggu kat aircond pulak....hehe kesian gak kat dier.

Setelah keringkan selama 2 jam, alhamdulillah...dier menjadik....so, bila tgk dier dah menjadi saya pun baru lah siap2 buat filing...peanut butter, strawberry, chocolate ganache, salted karamel, bluberry, buttervanila....ikut pada yang di orderlah...

dah selesai bakar, saya bahagikan pulak nak tgk cukup ker tak....then bubuh filing dalam macs tu. susun dalam bekas.....selesai dalam jam 6:30ptg. Fuh.... penat pun berbalaoi....bila tgk macs tu menjadik.

macarons in small box



Sunday, May 15, 2011

Teachers Day - 16 May 2011

Fancy Cookies for Teachers Days


Set Goodies bags yang di tempah oleh customer - Macarons , Chocolates & Fancy Cookies

Ni set goodies bags yang saya sediakan untuk anak saya bagi pada cikgu2 nyer. - 9 bags for 9 teachers.
fancy cookies lagi

item for goodies bags
macarons 10 packs - teachers day

Monday, May 9, 2011

Macarons Price

Box of 25 pcs : RM45



Box of 15pcs - RM35

* The above price only for macs and exclude courier and transport charges.

Friday, May 6, 2011

macarons lagi.....mothers days





Untuk mothers days ni dapat jugak beberapa tempahan.. masa time ni lah saya pulak tak sihat....sakit. So, nasib baiklah macarons tu menjadi... kalau macs tu pun sakit...naya saya....
sakit2 pun buat jugaklah macs ni...sebab dah ambil tempahan kan...nanti marah pulak customers. hopefully semua customers saya berpuas hati.. :)

Lepas ni continue for teachers days dan jugak tempahan dari kawan2 nak makan2 dgn family. Macs ni pun saya belum sempat bagi mak mertua saya rasa...sejak buat hari tu...sentiasa penuh dgn tempahan...alahai... lepas ni nak kene buat jugak untuk umi bagi belated mothers days present nak post ke kelantan.

happy mothers days to all mothers....

Wednesday, April 27, 2011

Macarons


Selamat pagi,

Semalam buat macarons dgn npenuh semangat....sedang 1/2 jalan buat macaron tu...tiba...tiba electricity pulak takder....black out lah pulak....adoi...tension.. so, dah buat separuh jalan, jadi sambung jer lah buat lagi... sampai habis. Tapi hasilnyer tak berapa memuaskan....mana tak nyer, mac ni nak kene di aircondkan....tapi dah dkt 5 jam takder letrik, paham2 je lah kepanasannyer macam mana. Frustrated jugak. Tapi tak patahkan semangat saya nak hasilkan mac yang lebih baik.

Ni lah hasil semalam....tapi boleh makan lagi...sedap jugak. satisfaction tak der jer...

Friday, April 15, 2011

PROMOSI BULAN APRIL -- CUP CAKES

Salam all,

sempana bulan april bulan birthday anak saya ni, saya nak bagi offer untuk pembeli cupcakes di sweetndelights.

Buy 12 pcs ( 1 dozen ) cup cakes & you will get another 4 pcs free

Total cupcakes yang anda dapat 16pcs with the price of RM28

Cheap rite? apa lagi....sms me for order or inbox thru facebook.

Wednesday, April 13, 2011

Cup Cakes Vanilla - Pink & Blue


Salam, ptg tadi saya baru sahaja menghantar order cupcakes yang ita di pasir gudang, order untuk birthday hubby nyer.

Perisa : Vanilla

Theme : Lovely Pink & Blue

Pcs : 16 pcs

Tuesday, April 12, 2011

cup cakes flower & leaves

Hi,

Pagi ni pepagi lagi lepas hubby& son out to works & school saya pun start dgn aktiviti baking. Hari ni saya mulakan pagi dengan membancuh adunan kek cawan vanilla. Pukul 8:30pagi semua dah siap di bakar.

Cup Cakes Flower & Leafs

Birthday Nazrul Celebrate at Opah House

Salam,
Last saturday we all celebrate birthday nazrul di rumah opah nyer... so, nazrul nak kek chocolate. Pagi sabtu tu...saya siap-siap membancuh adunan kek chocolate moist. Lepas siap kek tu, saya mencari pulak strawberry nak letak kat atas chocolate ganache tu... saya ni memang tak boleh makan kek chocolate moist...sebab saya memang addict dgn kek chocolate moist. Balance kek 3 potong saya bawak balik untuk bagi kat jiran chinese di sebelah rumah. Kalau simpan dalam peti sejuk tu...alamatnyer saya yg akan makan kek tu....bahaya...

Majlis sambutan birthday start at 6:00 pm. Cuma family members jer...tak buat besar2. Makan kek , KFC, dan roti tuna & cinnamon rolls. saya cuma buat kek sahaja. Yang lain kakak saya sediakan. Anyway....semua happy walaupun tak cukup ahli keluarga mcm dulu2....

(all photo courtesy of blog : eyesofinspiration)

Ballons....


Birthday Boy with the cake

Birthday boy with the cake

Sliced of cake...yummy...


Birthday Cake....tgh nak pasang lilin

Friday, April 8, 2011

My First Macaron Class

Class macaron ku yang pertama betul-betul seronok. Tak sangka buat macaron ni susah pun ada, perlu kesabarab pun ada.... senang pun ada jugak. Tak lama lagi akan ku buat macaron ku sendiri... Sekarang ni layan ganbo-gambo clas hari tu yer....
(Gambar dari eyesofinspiration - my sister blog)

macarons yang dah siap filling....siap untuk makan

Peanut Butter macaron - sedap
Sedang bubuh filing macaron


Macarons ku yang comel - pink kaler

Wednesday, April 6, 2011

Fancy Cookies

Hari ni birthday anak saya,nazrul yang ke 7 tahun. Kali ni saya sediakan fancy cookies untuk di hantar ke sekolah bagi kawan-kawan. nak buat fancy cookies ni ambil masa betul. Tapi seronok bila tgk cookies tu menjadi....mendecorating pun sungguh mencabar, sebab pening jugak nak buat decor apa...

Ni lah fancy cookies nyer...


Cake Red Velvet

Selamat pagi,

Semalam saya bake cake red velvet. leceh jugak nak buat kek ni. Patutlah kat blog baking yang lain kek ni di jual mahal. Texture kek ni lembut...makan tak yah icing pun sedap. Yang ni saya guna buttercream. Kek ni lebih sedap makan dgn cream cheese.

Ni lah gambo kek nyer...


kek yang dah dipotong